1. Mengikut Islam 9/10 rezeki datangnya dari aktiviti perniagaan. Malangnya sebahagian besar masyarakat melayu yang telah tamat belajar berlumba-lumba mengisi borang permohonan kerja dengan kerajaan mahupun swasta bagi merebut peluang rezeki 1/10 tersebut.Yang penting asalkan pekerjaan tersebut dari 'spesis makan gaji' dan berpendapatan tetap.
2. Malah dalam keluarga saya juga tidak terkecuali. Pekerjaan makangaji dengan kerajaan mahupun swasta dianggap 'selesa' dan menjamin masa hadapan terutama kerana ianya berpencen.
3. Sungguhpun begitu, yang peliknya ramai pula orang yang telah berpendapatan tetap begitu 'rajin' membuat kerja-kerja sambilan seperti terlibat di dalam perniagaan MLM, dan sebagainya. Malah ada ketikanya mereka ini akhirnya melepaskan pekerjaan yang mereka idam-idamkan dahulu bagi memburu pendapatan yang lebih di alam perniagaan.
4. Berniaga bagaikan pekerjaan kelas ke dua bagi kebanyakan orang melayu. Berniaga juga begitu sinonim dengan gambaran menjual di gerai mahupun di pasar malam (sungguhpun pendapatan peniaga begini begitu lumayan).
5. Minda kebanyakan orang melayu walaupun telah mengalami permodenan masih di takuk tradisonal kerana tidak dapat mengadaptasi istilah perniagaan ke dalam situasi yang lebih luas lagi.
6. Jika anda berkunjung ke negara barat, anda dapat melihat bahawa alam perniagaan ini sebenarnya terlalu luas. Apa sahaja boleh mendatangkan pendapat asalkan seseorang itu kreatif di dalam menjalankan pernigaan mereka. Apa sahaja kemahiran, hobi dan pengetahuan yang ada pada sesorang itu sebanarnya boleh dijadikan 'modal' untuk mendirikan sebuah perniagaan.
7. Jualbeli tidak semestinya terhadap barangan yang boleh dilihat secara fizikal ataupun nyata, malah pengetahuan, kepakaran dan perkhidmatan juga boleh dijadikan suatu perniagaan yang membawa pendapatan yang lumayan.
8. Lawatan saya di Queensland Australia lebih 15 tahun yang lalu membuka minda saya bagaimana sebuah ladang buah-buahan tropika berjaya menarik ribuan pelancung saban tahun yang memberi pulangan jutaan ringgit pada pemiliknya. The Big Pineapple memnyediakan laluan 'keretapi' di sekeliling ladang, menyusuri kandang lembu,reban-reban ayam dan itik, ladang pokok nangka, jambubatu, nanas dan sebagainya.
8. Ladang itu juga lengkap dengan restoran berasaskan buah-buahan tropika, kedai cenderahati, dan juga bilik pameran buahan-buahan tropika. Alhamdulillah dengarnya di Selangor dan Perlis juga kini mempunyai ladang sedemikian rupa dan saya pasti ianya dapat berkembang dengan jayanya.
9. Oleh itu telah tiba masanya penburu pekerjaan berfikir secara lebih kreatif dan melihat bidang perniagaan ini dari perspektif yang lebih luas. Cuba lihat di sekeliling kita, betapa banyak sekali keperluan orang Melayu seperti pelbagai jenis barangan; baik makanan, keperluan perkahwinan,keperluan ibu dan anak, keperluan belajar dan sebagainya dibekalkan oleh orang bukan Islam.
10. Bangkit dan renungkan bagaimana kita boleh menyumbang di dalam perkembangan ekonomi orang Islam di negara ini. Saya akan memberi beberapa contoh perniagaan dan teknik yang mudah untuk mereka yang telah tamat belajar agar dapat memulakan perniagaan yang mudah dan ringkas dalam posting saya yang akan datang. Insyaallah.
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment