Sunday, December 20, 2009

Zoo Melaka












Agak lama juga tak update blog ni. Anyway, adik ipar and his wife menunaikan haji this year and most probably balik 25/12/2009. So anak-anak buah si Ilham and Danish tinggal kat rumah nenek which is about 100 meters from our place. So our children berulang alik dengan cousin dia orang dari rumah nenek they all to our house tiap hari.


Last week just bawak jalan-jalan pi Zoo Melaka. Well naik avanza boleh bawa myself and mrs, Arina & Amirah, Kak Long Ida, Ilham & Danish dan nenek sekali. Biasalah perangai masing-masing bila dah berkumpul.


We all ikut jalan lama from Mantin to Ayer Keroh. Breakfast kat Cembung, Rembau and masuk ke zoo around 11am. Wei, ramai sungguh orang but not so crowdedlah! Silap-silap binatang-binatang kat zoo tu pulak yang excited tengok ramai orang yang datang.


A nice break to the zoo, the whole day makan kat luar je!




But i think enough zoo for me.... yes no more zoo in future!!!


Snapped some photos... take a look:)











Friday, June 12, 2009

Cuti Sekolah


























Cuti sekolah hampir selesai. Sempat juga bawa keluarga jalan-jalan di Cherating dan Johor Bahru. Post some photos here, ceritanya akan ditulis bila ada masa nanti ye...

Manohara

Beberapa minggu lepas kisah Manohara dan TT merupakan cerita yang paling hangat di blog Malaysia dan Indonesia.Agak pelik juga memikirkan kenapa kisah-kisah begini pun menjadi pertelingkahan ramai, terutama membabitkan dua negara tetangga.Kalau anda rajin menonton sinetron indon; makanya kisah ini merupakan salah satu senitron yang tidak kalah hebatnya untuk santapan semua.Malangnya media Indonesia rata-rata membesar-besarkan kisah ini bagaikan isu besar negara. Tetapi ini juga mungkin merupakan ketika media di sana mengaut keuntungan dengan peningkatan jualan masing-masing. Walau bagaimanapun mujurlah ada juga segelintar rakyat Indonesia yang rasional dan berfikiran terbuka yang tidak emosional sebaliknya mengambil langkah tunggu dan lihat kerana hanya mahkamah yang dapat menentukan yang benar dan yang salah. Apa-apa pun buatlah sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil dari hanya turut serta bertikam lidah di dalam forum-forum yang tidak mencabar minda malah hanya menyerlahkan kebodohan dan kecetekan akal sendiri.

Saturday, March 7, 2009

Salam

Salam. Agak lama dah tak menulis di blog ini. Agak sibuk dengan pelagai aktiviti peribadi, kerjaya dan juga aktiviti sosial serta persatuan. Just to say hello to everybody yang ikut blog ni. Just to remind u I'm still here and just don't have time to write. Tak pe, i'll try to spend some time very soon.

Tuesday, January 6, 2009

Darah Mengalir Di Bumi Gaza

1. Di kala dan saat ini beribu-ribu nyawa orang-orang Islam berada di hujung tanduk di Gaza. Bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang, kecederaan menimpa dan kehilangan tempat bergantung. Malah di mana-mana saja terdapat jerat-jerat menunggu mangsa oleh bedilan semberono Israel.
2. Apa yang mampu kita lakukan? Membantu dengan senjata, tidak mungkin sama sekali. Rasanya sudah tidak sanggup menonton tv maupun membaca suratkhabar tentang angka korban dan kecederaan yang menimpa. Dunia seolah buta,bisu dan tuli. Mana perginya NGO dan pejuang hak asasi manusia yang kerap bersuara tentang hak-hak asasi manusia terutama di negara dunia ke tiga?
3. Selain dari berdoa kepada Allah semoga Israel diturunkan bala, ada baiknya juga kita bersatu seperti yang dicadangkan oleh mantan PM Malaysia Tun Mahathir serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia supaya memboikot barang Israel dan kunco-kunconya terutama sekali Amerika Syarikat.
4. Boikot kecil-kecilan ini jika dilakukan secara kolektif tetap dapat memberi kesan kepada pendapatan mereka untuk membiayai senjata-senjata moden dan canggih yang digunakan untuk membinasakan Palestine. Ayuh, mulakan sekarang. Boikot produk seperti Coca-cola, Pepsi, Mc Donald, KFC, Pizza Hut,dan banyak lagi.
5. Mungkin akibat boikot ini akan juga menjejaskan umat Islam yang bekerja di premis-premis tersebut tetapi ini adalah pengorbanan kecil yang perlu dibuat untuk sumbangan jihad.Beli barangan buatan tempatan!!!

Artis Melayu

1. Sudah seminggu kita menyusuri tahun 2009 dan pastinya banyak cabaran yang menanti terutama di bidang ekonomi yang dijangkakan agak malap sepanjang tahun ini.
2. Dalam kesibukan mengharungi aktiviti harian saya tertarik untuk mencurahkan pendapat tentang dunia artis di negara kita. Almaklumlah terlalu banyak cerita yang disogokkan kepada pembaca terutama di dada-dada akhbar di hujung minggu.
3. Kisah perkahwinan Mawi nampaknya masih tidak selesai lagi. Nampaknya inilah majlis perkahwinan artis yang paling 'hebat' lebih satu bulan satu malam. Sewaktu coretan ini ditulis, dengarnya persiapan untuk majlis di sebuah hotel di Sg Besi sedang rancak dijalankan. Tak kisahlah, asalkan mereka bahagia dan harapkan pandai-pandailah melayari alam rumahtangga. Jangan nanti jika ada masaalah kecil pun 'kecoh' satu bulan pula.
4. Baru-baru ini kecoh kisah seorang penyampai berita tv swasta dan seorang penyanyi wanita ditahan gara-gara 'pesta seks' sempena tahun baru. Agak pelik seorang yang berketurunan melayu beragama Islam boleh terlibat dengan perkara-perkara sebegini.Mungkin nak ikut cara mat salleh sambut tahun baru kot! Tapi seingat saya semasa menuntut di Australia dalam tahun 80an dulu 'mat salleh' sendiri pun taklah seberani begini. Saya masih teringat bagaimana keluarga angkat 'mat salleh' saya meraikan sambutan harijadi (happy birthday) cukup sekadar mengadakan majlis makan malam untuk kawan-kawan terdekat.Ini membuatkan saya 'termalu' sendirian mengenangkan bagaimana ada rakan-rakan dan saudara terdekat yang siap terkinja-kinja menari sempena majlis harijadi.
5. Saban hari di televisyen dan akhbar tersiar gambar-gambar artis melayu (perempuan) berpakaian menjolok mata. Baik sempena festival filem dan ntah apa-apa lagi, semuanya berlumba-lumba menayangkan aurat masing-masing. Berhibur, memang semua orang suka berhibur tetapi biarlah berpada. Saya bukanlah seorang yang anti hiburan. Malah saya memang gemar menyanyi dan berkaraoke.
6. Sebagai umat Islam setiap orang harus ingat-mengingati antara satu sama lain.Adakalanya saya terpaksa berdebat dengan anak-anak perempuan saya tentang pakaian artis-artis idola mereka. Moral of the story, jagalah penampilan masing-masing kerana sebagai artis anda adalah contoh pada para peminat.
7. Adakalanya para artis tidak boleh dipersalahkan 100%. Pihak media seperti tv, majalah dan suratkhabar juga memainkan peranan yang penting. Banyak kes, petugas-petugas yang berurusan dengan para artis sendiri yang mengalakkan artis-artis wanita ini (terutama yang mentah) berpakaian sedemikian dengan tujuan untuk melariskan produk masing-masing. Cukuplah tu, jangan menjadi penyumbang kepada kejatuhan moral.
8. Satu lagi yang merimaskan saya tentang soalan-soalan provokatif yang diajukan oleh wartawan kepada artis-artis.
Sebagai contoh soalan begini, "Anda sekarang berkawan dengan si A?" - Kawan biasa je. "Tak ade perasaan sayang ke?" - Perasaan sebagai kawan jelah. "Lagu yang u buat tu untuk A ya?" - Tak , lagu tu universal untuk semua orang. "Takkanlah tak ada kaitan langsung dengan hubungan anda dengan A?"
- Tak. "Langsung tak ada perasaaan?" Bla.. Bla.. Bla...
Tolonglah, tanyalah soalan-soalan yang cerdik sikit. Malu pada kanak-kanak sekolah!