Thursday, December 25, 2008

Lawatan ke Indonesia


1. Awal tahun ini saya berkesempatan berkunjung ke Indonesia iaitu di Jakarta, Bogor dan Bandung. Ia merupakan lawatan kerja lebih satu bulan di sana. Minggu terakhir menyaksiakan dua anak perempuan dan isteri saya menyusul untuk melancung bersama.
2. Lawatan ke sana sebenarnya telah membuka minda kami dengan lebih luas lagi tentang erti kehidupan. Jakarta bandaraya metropolitan yang besar tetapi tidak pernah surut daripada 'machet' iaitu kesesakakan lalu lintas. Sungguhpun begitu, pemandu-pemandunya begitu sabar dan bertimbangrasa jika dibandingkan dengan di Kuala Lumpur. Mungkin mereka sedar bahawa mereka sama-sama mencari rezeki dan kesukaran hidup di bandaraya besar telah menjadi darah daging mereka.
3. Tidak seperti di Kuala Lumpur, saya tidak mungkin akan memandu di Jakarta kerana kesesakannya yang melampau malah adakalanya kedudukan sesebuah kenderaan itu hanya beberapa inci sahaja antara satu sama yang lain.
4. Apa yang kurang dengan tarikan di Malaysia berbanding Indonesia ialah layanan mereka. Sikap lemah-lembut dan merendah diri rakyat serta pekerja-pekerja yang berkait rapat dengan pelancungan tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan rakyat di Malaysia. Ini merupakan budaya mereka dan ada kalanya ramai pelancung yang 'terkena' dek kelembutan mereka. Di sini layanan di sektor pelancungan adalah 'tip-top'. Asal ada wang semuanya jadi!
5. Di Bandung, syurga membeli-belah rakyat Malaysia di Indonesia,kesukaran hidup penduduk tempatan lebih terserlah. Sehingga anak perempuan saya yang ke dua tidak mahu lagi ke Bandung gara-gara kasihan dengan kanak-kanak yang banyak berkeliaran di bandarnya menjual pelbagai cenderahati, 'koran' (akhbar), menyanyi dan bermain alatan muzik, menyediakan payung bila hari hujan, menjaga parking dan sebagainya. Kalau boleh semua hendak ditolongnya.
6. Sungguhpun menghadapi pelbagai masaalah pemerintahan dan ekonomi , prasarana untuk tujuan pelancongan sangat berkembang di Indonesia. Di Bandung saja ada pelbagai jenis penginapan untuk pelbagai bajet, pusat membeli-belah mega dan pelbagai lagi yang boleh mengamit orang luar untuk datang. Mungkin kebersihan boleh menjadi agenda seterusnya untuk menjadikan Indonesia antara negara yang paling kompetatif dan menarik untuk dilawati dan boleh dicontohi Malaysia.








No comments: